Sunday 18 May 2014

SOYA KACAU EMOSI KITA

Terpanggil untuk share tentang soya kali ini. Bukan apa, kadangkala ada yang menilai soya ini mengikut emosi. Saya share info ini yang dipetik melalui pembacaan dan salah satunya daripada blog Dr Zubaidi dan vitamin semulajadi.






Soya boleh jadi SANGAT ANTI, dan SANGAT SUKA, bergantung kepada siapa yang kita tanya tentang soya. Ia boleh jadi superfood, dan boleh jadi makanan penyebab penyakit kronik.

Sedikit sejarah tentang kacang soya. Ia berasal dari Asia Timur (China, Jepun) dan kini diusahakan secara besar-besaran di US. Namun begitu, 90% dari tanaman soya yang diusahakan di Amerika adalah dari jenis GMO (genetically modified organism) dan juga disembur dengan pelbagai racun serangga, racun rumpai dan sebagainya.

Soya tidak boleh dimakan mentah-mentah tetapi boleh dimakan melalui pelbagai cara. Salah satunya soya boleh dimakan secara terus selepas direbus seperti tofu. Soya yang menjalani proses penapaian seperti natto dan tempeh. Dan yang paling banyak di kedai adalah minuman soya.

Di Amerika, kebanyakan kacang soya diproses menjadi minyak soya. Maka soya tidak menjadi makanan utama atau pilihan. Dan pada kebiasaannya, dari sisa pembuatan minyak soya inilah yang diproses menjadi makanan berasaskan soya, termasuk minuman soya!
Jadi tidak hairanlah kalau produk soya yang dihasilkan itu bukan lagi makanan sihat, tapi sebaliknya “SISA” yang ditambah dengan pelbagai ‘added vitamin’, ‘enriched with vitamin’ dan sebagainya.

Salah satu bahan dalam soya yang dianggap sangat berbahaya kepada kesihatan adalah estrogen yang terdapat dalam soya dalam bentuk phytoestrogen. Banyak kajian terhadap estrogen atau hormon wanita menunjukkan pengambilan estrogen memberi kesan yang buruk kepada fungsi normal hormon estrogen dalam tubuh manusia. Namun. kajian2 tersebut dibuat ke atas estrogen semata-mata, bukan ke atas soya. Lain pula ceritanya - Kajian yang dibuat ke atas bekas pesakit kanser payudara di China pula menunjukkan sebaliknya! Pengambilan soya tidak memberi kesan negatif kepada penderita kanser tersebut.

Proses penapaian (fermented) dikatakan menjadi punca kenapa soya tidak memberi kesan negatif kepada kesihatan penduduk Jepun. Namun begitu, orang-orang China tidak menjalankan proses tersebut ke atas soya makanan mereka, dan memiliki tahap pengidap kanser yang rendah. Maka, kajian juga menunjukkan tiada beza antara soya yang ditapai atau tidak ditapai.

Terdapat satu kajian ke atas wanita yang diberi bahan makanan ekstrak dari soya, yang mana menunjukkan meningkatnya sel efitelial yang berkaitan dengan kanser payudara dalam tubuh mereka. Manakala satu lagi kajian yang mana sekumpulan wanita diberi makan soya yang tidak diberi bahan makanan ekstrak dari soya, menunjukkan penurunan risiko mendapat kanser payudara.

Ternyata soya sebenarnya bukan tidak bagus, tapi cara ia dihasilkan (GMO) dan cara ia diproses menjadikan soya sejenis makanan yang berbahaya!

Maka, buat pilihan bijak dengan memilih produk soya yang bukan GMO dan tidak menjalani proses yang mengurangkan khasiat sebenar soya, serta makanlah dengan besederhana.

Tingkatkan bahan pembacaan kita dengan mendapatkan dari pelbagai pihak. Jangan hanya menerima bulat-bulat dari penjual produk soya dan jangan hanya mendapatkannya dari mereka yang anti-soya. Sebaliknya dapatkan bukti-bukti dari kajian yang telah pun dilakukan.

Fikirkanlah dan jangan bertindak menilai soya melalui emosi.


 

No comments:

Post a Comment