Thursday 22 May 2014

TIPS REDAKAN DEMAM

Bila demam melanda bayi dan kanak-kanak pasti merengek sebab tidak selesa. Semua serba tak kena kerana suhu badan mereka yang panas. Namun bagi kita yang dewasa ini pun tidak ketinggalan merasakan situasi seperti ini.

TIPS REDAKAN DEMAM :
  • Minum cecair atau air lebih banyak daripada biasa.
  • Minum minuman yang boleh menyejukkan badan seperti air kembang semangkuk, air selasih, air barli atau air pegaga
  • Minum air Performance Drink Shaklee untuk mengelakkan dehidrasi
  • Bagi bayi, susukan anak sekerap mungkin
  • Pakai pakaian yang nipis. Jangan pakai setokin, baju sejuk atau selimut kerana ini akan menghalang haba daripada keluar sekali gus meningkatkan suhu badan.
  • Mandi dengan lebih kerap untuk kurangkan suhu badan
  • Tuamkan bahagian kepala, bahagian pelipat seperti ketiak, tengkuk, tangan dan bahagian belakang badan dengan tuala basah
  • Ambil segenggam asam jawa dan bancuhkan dengan sedikit air. Sapukan bancuhan pekat tadi ke ubun-ubun dan keseluruhan kepala. Ulangi sehingga suhu semakin menurun. Selain asam jawa, kita juga boleh menggunakan daun bunga raya, lidah buaya, daun sirih atau daun durian belanda. Hanya perlu ramaskan daun tersebut bersama air sejuk.   
Oleh kerana demam berkait rapat dengan sistem imunisasi badan, kita boleh mengambil Nutriferon Shaklee untuk menguatkan sistem imunisasi badan. Sistem imunisasi yang kuat akan membantu mengelakkan daripada dijangkiti kuman. 


No comments:

Post a Comment