Wednesday 30 April 2014

MIGRAIN OH MIGRAIN KERANA SHAKLEE?

Aduiii sakitnye kepala!! Tak boleh fokus. Tak boleh buat keje. Serba tak kene. Menyucuk-nyucuk berdenyut kepala ni. MIGRAIN OH MIGRAIN kerana SHAKLEE?!!
Migrain kerana Shaklee?
  • TIDAK - sebab tak cukup tidur atau tidur yang tidak teratur
  • TIDAK - sebab pemakanan tidak seimbang 
  • TIDAK - sebab perubahan cuaca (matahari yang terlampau panas dan pendedahan kepada cahaya lampu direct yang terang}
  • TIDAK - sebab bunyi atau bau yang terlalu kuat
  • TIDAK - sebab menonton tv atau menghadap skrin komputer terlalu lama
  • TIDAK - sebab tekanan emosi atau stress
  • TIDAK - sebab ketidak keseimbangan hormon bagi wanita ketika datang haid
Wanita merupakan individu yang mempunyai kecenderungan tinggi menghidap migrain berbanding dengan lelaki. Ia biasanya berlaku sebelum haid atau selepas monopos. Hormon? Tidak menjadi kepastian 100% cumanya pakar kesihatan mengatakan ia terjadi berpunca dari salur darah di dalam kepala yang mengembang dan kemudian menguncup secara mengejut.

Apabila migrain menyerang maka kebiasaannya kita menelan ubat untuk tahan sakit. Bagi mereka yang teruk mengalami migrain, mereka diberi ubat tahan sakit dos tinggi. 

Maka disyorkan agar mencuba vitamin natural ini untuk mengawal migrain. Kenapa? Kerana vimain Shaklee ini dibuat daripada bahan semulajadi yang membekalkan nutrisi seimbang. Walhal pengambilan ubat (dadah) secara berlebihan dan jangkamasa panjang akan memudaratkan kesihatan badan.

Vitamin Shaklee untuk Migrain 

Ostematrix - sumber kalsium untuk saraf bekerja dengan lebih baik. Ia dapat bertindak sebagai transmisi impuls saraf kepada otak.
B- Complex - Mengawal fungsi saraf - bersifat anti-stress - membantu pengaliran darah. Vitamin B yang lengkap dalam produk ini bukan sahaja membantu mengurangkan risiko migrain malah iya membantu untuk penyakit depresi dan kemurungan.

Cuba mengenali punca migrain yang anda alami. Sekiranya disebabkan pemakanan maka jaga lah pemakanan anda dan tingkatkanlah gaya hidup sihat. Pertimbagkanlah untuk mencuba produk ini untuk memiliki kesihatan yang lebih baik.

Migrain Kerana Shaklee?

YA - Sebab bila beli vitamin itu tidak dimakan dengan konsistent dan berhenti setengah jalan. Elakkanlah menjadi sedemikian kerana kita semestinya menginginkan aktiviti seharian kita berjalan dengan lancar. Maka usahalah dengan mengambil vitamin shaklee ini dan niatkan dalam hati semoga kesihatan yang lebih baik diberikan olehNya. 


 

Tuesday 29 April 2014

OSTEMATRIX SHAKLEE PIL KALSIUM BANTU MELEGAKAN SENGAL BADAN DAN KHASIATNYA

Apa ada disebalik Ostematrix Shaklee?
  1. Halal
  2. Kandungan kalsium paling premium - Penyerapan 99%
  3. Membantu pembinaan jisim tulang
  4. Mengandungi Vitamin D, Kalsium, Magnesium, Zink, Fosforus, Kuprum, Manganese dan Boron.
  5. Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.
  6. 1 Biji Ostematrix = 1 gelas susu tinggi kalsium = 80 biji Badam
  7. Memberi bantuan pil kalsium kepada mereka yang tidak suka minum susu
Apakah khasiat Ostematrix Shaklee?
  1. Membantu dalam membina tulang dan gigi yang kuat
  2. Membantu dalam mengekalkan tekanan darah yang normal
  3. Membantu dalam proses pengecutan otot dan pelancaran saraf
  4.  Membantu mengurangkan simptom PMS, kemurungan, kekejangan otot, water retention (bagi ibu hamil) dan sengal-sengal badan
  5. Membantu dalam proses penyerapan dan pelepasan sesetengah hormon
  6. Membantu ibu yang menyusukan anak
  7. Mengelakkan risiko osteoporosis
  8. Bantu masalah sembeli
  9. Mudah ditelan kerana size pil nya 
Himpunan Testimoni Mengenai Ostematrix Shaklee




Pengalaman saya sendiri apa bila mengambil ostematrix shaklee. "Saya mula mengambil Ostematrix Shaklee semasa dalam pantang dan sehingga kini saya masih mengambilnya untuk penyusuan anak. Maklumlah, apa kita makan itu juga yang disalurkan dalam susu badan kepada anak. Anak dapat segala khasiat daripadanya dan ia sangat penting untuk pembesaran dan pembentukan tulang anak. Semasa dalam pantang memang lancar sahaja ke tandas dan alhamdulillah iya membantu membuang angin dalam badan so anak pun tak kene kembung perut. Sebagai mama yang bekerja, lebih 10 jam saya berada diluar rumah, jadi bila pulang ke rumah masa selebihnya diluangkan bersama anak dan keluarga tercinta. Jika di congak berapa jam saja lah masa tidur kerana saya masih bangun untuk mengepum dan menyusukan anak tengah malam. Namun, badan ini masih berasa segar apabila bangun dari tidur. Mamang benarlah bila pengguna lain yang mengamalkan Ostematrix Shaklee ini mengatakan tidur mereka lena, bangun segar dan tidak ada berasa lenguh-lenguh atau sengal badan. Selain itu, semasa datang haid semestinya hormon kita berubah dimana ramai ibu merungut susu mereka kurang ketika haid. Tapi, daripada pengalaman saya sendiri, alhadulillah susu anak masih kekal seperti perahan sebelum haid. Dan ya!, saya mengamalkan set penyusuan shaklee sehingga kini. Anak pun alhamdulillah sudah berusia 1 tahun 3 bulan"

 

Sunday 27 April 2014

JUS BUAHAN-BUAHAN DAN FUNGSI UNTUK KESIHATAN

Jus buah-buahan mengandungi khasiatnya tersendiri. Nyamannye badan ni bila pekene jus setiap hari nak-nak time cuaca panas. Anak saya kalau tak pekene jus sehari memang tak sah. Serba tak kene lah sebab skip satu hidangan wajib.


  • Carrot + Ginger + Apple -> Boost dan membersihkan sistem dalaman badan.
  • Apple + Timun + Saderi - > Mencegah kanser, mengurangkan kolesterol, dan menghapuskan sakit perut dan sakit kepala.
  • Tomato + Carrot + Apple -> Meningkatkan kompleksi kulit dan menghapuskan nafas berbau.
  • Peria + Apple + Milk -> Elakkan nafas berbau dan mengurangkan haba dalaman badan.
  • Orange + Halia + Timun -> Meningkatkan tekstur kulit dan kelembapan dan mengurangkan panas badan.
  • Nanas + Epal + Tembikai - >Untuk menghilangkan garam berlebihan, membersihkan pundi kencing dan buah pinggang.
  • Apple + Timun + Kiwi - >Untuk mencerahkan warna kulit.
  • Pear & Banana -> mengawal kandungan gula.
  • Carrot + Apple + Pear + Mango -> meredakan panas badan, nyah toksik, menurun tekanan darah dan melawan pengoksidaan...awet muda !
  • Honeydew + Grape + Tembikai + Susu - Kaya dengan Vitamin C + Vitamin B2 - > meningkatkan aktivity sel dan menguatkan imuniti badan.
  • Betik + nanas + Susu - Kaya dengan Vitamin C, E, Besi -> Mencerahkan warna kulit dan meningkatkan metabolisme.
  • Pisang + Nanas + Susu -> Kaya dengan Vitamin yang berkhasiat dan mengelakkan sembelit.
Tambah ESP Shaklee lagi yummss 










MEMBENTUK ANAK BIJAK

Makin hari makin mencabar rasanya ingin membesarkan anak-anak dalam dunia yang makin advance ni. Saban tahun secara umumnya makin ramai kanak-kanak yang bijak pandai meperoleh keputusan cemerlang dalam pelajaran. Berlumba-lumba mereka meraih kejayaan akademik demi masa depan mereka. Ibubapa mana yang tidak bangga akan kejayaan anak mereka dan ingin membentuk anak bijak?

Sebagai ibubapa perihatin, sudah tentu seawal dalam kandungan lagi mereka telah melawat mr google, membeli bahan bacaan dan menghadiri forum-forum "parenting". Ia merupakan persediaan mental, teknikal dan pendedahan awal kepada ibubapa akan apa yang mereka akan lalui dan perlu lakukan bagi membentuk anak bijak. Sejajar dengan itu, pemakanan anak-anak memaikan peranan yang besar.

Memberi makanan yang berkhasiat dan lengkap adalah merupakan salah satu tanggungjawap ibubapa kepada anak-anak. Bagi memastikan anak-anak membesar  dengan sihat dan membentuk anak bijak ibubapa boleh memberi makanan tambahan kepada anak-anak.

Set Vitamin Membentuk Anak Bijak Terdiri Daripada :


Apa Bila Mengambil Set Membentuk Anak Bijak :

Meal Shakes 
  • Hidangan yang mudah disediakan.
  • 1 canister sangat berbaloi kerana mempunyai sumber protin dengan mineral dan vitamin tambahan yang membantu melengkapkan nutrisi harian
  • Membantu dalam miningkatkan daya pertahanan badan.
  • Membantu dalam menigkatkan selera makan
Omega Guard
  • Meningkatkan daya fokus
  • Membantu dalam menambahkan selera makan anak
  • Meningkatkan daya ketahanan terhadap penyakit
  • Membantu meningkatkan IQ anak kerana kandungan DHA & EPA dalam Omega Guard
  • Melawaskan sembelit
Chewable Vitamin C
  • Senang dikunyah pada bila-bila masa dan dimana jua
  • Membantu meningkatkan daya pertahanan badan
  • Mempercepatkan penyembukan luka 
  • Mempercepatkan penyembuhan demam dan slesema
  • Membentuk sel-sel darah yang baru
  • Membantu proses penghadaman dan penyerapan zat besi
Corat Coret Ibu :

"Saya bersyukur kerana mencuba Mealshake dan Chewable Vitamin C ini kepada anak saya. Nampak ada peningkatan bila mula consume dalam 2 minggu selepas itu. Selera makannya makin menigkat. Kalau tidak, susahnya nak makan. Senang aja, campurkan dalam susu dia" - Ibu Nia



 "Dulu bila nak bagi Omega Guard mesti sorok-sorok pecahkan Omega Guard tu dan campurkan dalam makanan Aisyah. Sekarang tak payah dah. Dia sendiri minta. Mummy 1 please sambil tunjuk botol Omega Guard. Daya ingatan dan tumpuan Aisyah pun makin meningkat. Selera makan cik mek ni alhamdulillah tak ada masalah." 

Jom kita berikan yang terbaik untuk anak kita. Jom usaha dan sentiasa berdoa kepadaNya.



Saturday 26 April 2014

SURAH AMALAN UNTUK ANAK BIJAK

Semestinya semua ibu bapa inginkan anak-anak yang bijak pandai. Tidak kira ilmu akhirat mahupun ilmu duniawi. Berikut merupakan surah-surah yang harus ibu bapa amalkan setiap hari. Bacakan surah-surah ini kemudian hembuskan kepada ubun-ubun anak dan doa kan kepada anak.

 
 Allah itu sebaik-baik pendengar, maka berdoa lah dan pohonlah kepadaNya. 


Tuesday 22 April 2014

SET KURUS SHAKLEE BERBAJET DAN KESANNYA

SET KURUS SHAKLEE BERBUJET 1
Kisah 1
Cuba kita imbas kembali zaman-zaman sekolah atau zaman-zaman menjadi pelajar. Apa yang pop up dalam ingatan kita? "Care free, nak buat apa pun boleh". Cerita hari ini nak berkongsi tentang seorang runner wanita time sekolah menengah yang kini berusia awal 30an.

Mementingkan kesihatan diri, beliau mengambil keputusan untuk consume set kurus shaklee berbajet. Beliau juga mengikut syarat-syarat yang telah saya kongsikan dalam entry sebelum ini. Selain daripada mengambil set kurus shaklee berbajet ini, beliau juga mengambil langkah-langkah untuk turun berat badan dengan sihat dan mencuri masa untuk berlari semula. Haa.. kalau dah "runner in blood" tu memang sampai bila pun tetap teruskan. Keep it up dear!

Bermula dengan mengambil Lecithin sehari 2 biji beliau mendapati Lecithin mampu memberi tenaga, membuang yang superb dan merasakan badan beliau ringan. Daripada berat 54kg beliau berjaya turun kepada 52.5kg.

Penurunan berat itu hanya dengan mengambil Lecithin 2 biji sehari, meal plan yang telah saya suggest, patuh kepada syarat-syarat dan langkah-langkah  untuk turun berat badan dengan sihat. Kemudian beliau ingin add on ESP kerana melalui pembacaan beliau mendapati ESP mempunyai banyak kelebihan. Mengikut advice intake yang saya berikan beliau pun consistent mengambilnya.
Namun setelah seminggu beliau merasakan nafsu makan meningkat dan bila timbang berat naik kembali 53.5kg.

Naik? Jangan risau. Memang ada yang mengambil supplemen naik berat. Kenapa? Sebab badan kita cukup nutrisi bila makan supplimen. Jangan risau dan jangan panik. Kita tukar intake ESP itu.

Setelah 5 hari daripada last saya consult beliau dan setelah ubah intake ESP alhamdulillah penurunan beratnya ketara. Beliau berasa kenyang bila minum ESP dan kurang nafsu makan. Now 50kg yoo!! Alhamdulillah.

Terima kasih kerana tidak berputus asa dan consistent. Serta masih tegar mengikut langkah-langkah untuk turun berat badan dengan sihat.

SET KURUS SHAKLEE BERBUJET 2


Kisah 2 
Seorang wanita di awal 30an mempunyai seorang anak berusia 2 tahun. Melalui pembacaan dan melalui penelitian kandungan produk, beliau mendapati shaklee merupakan vitamin semulajadi dan high quality. Oleh itu beliau mengambil keputusan untuk mencuba set kurus shaklee berbajet; Lecithin dan Herb-Lax.

Seperti kisah 1 beliau consisten dan mengikut nasihat yang telah saya berikan. Alhamdulillah seluar yang kini beliau pakai telah longgar dan sesi memunggah seluar lama bermula! Malah badan berasa ringan, mudah membuang dan bertenaga. Maklumlah balik keje nak uruskan rumah tangga dan melayan kerenah si kecil. Anak membesar makin aktif ibu pun kene cergas dan gerdas kan. Member dekat pejabat pun mula perasan perubahan beliau dan mula merisik khabar. "Shaklee? Dengan Shaklee ke? Macamana Shaklee works?" Jeng jeng jeng.. ramai bertanya ni dan ada juga menyimpan niat nak cuba dan memperoleh hasil seperti beliau bila makan set kurus shaklee berbujet ini.

Hampir dua bulan berlalu dan datanglah pula ESP menjadi perhatian beliau. Juga melalui pembacaan, ESP menjadi tarikan beliau. Oleh kerana Herb-Lax tahan 5 bulan dan dah alang-alang beliau nak re-order Lecithin order lah ESP sekali. Pertama kali minum ESP, mak aih boleh tahan juga ye ESP ni bila dibancuh dengan air kosong. Sesudu sudah memadai untuk segelas diminum pada waktu pagi. Kenyang dan beliau hanya makan kuih sedik sahaja untuk sarapan. Sampai tengahari masih berasa kenyang dan hanya menjamu lauk pauk sahaja dan pada malam hari pula sambil menyuap nasi kepada anak sah-sah ibu pun kene lah tolong makan juga. Namun, badan tetap maintain tidak berlaku kenaikan berat badan. Tak banyak pun ibu tolong makan kan. Hehe..

Selang beberapa hari kami berborak, beliau menceritakan kawan-kawan tegur kulit beliau nampak sihat dan makin cantik. Sekali lagi mereka bertanya dan sekali lagi jawapannya Shaklee. ESP Shaklee yang beliau add on. 2 in 1 kan! Untuk kurangkan berat badan dan untuk kulit. Alhamdulillah.. semoga peroleh kesihatan dariNya dan mencapai hajat makan produk Shaklee ini.

Terima kasih kerana berkongsi tentang produk Shaklee ini kepada rakan dipejabat. Alhamdulillah kini mereka juga mencuba produk Shaklee untuk kesihatan mereka.

SET KURUS SHAKLEE BERBAJET 3
Kisah 3
Wanita berkejaya yang risau tentang berat badan beliau dan tahap kesihatannya. Mendengar tentang produk ini melalui kawan diluar pejabat. Beliau ingin mencuba set kurus shaklee berbajet; Lecithin dan Herb-Lax.

Alhamdulillah kesan positive bagi diri beliau. Melalkukan kerja-kerja dipejabat dan banyak berjalan kaki daripada menaiki kenderaan awam beliau mendapati badan ringan, bertenaga dan berasa kenyang. Bab membuang juga lancar. rakan-rakan dipejabat juga turut menegur perubahan beliau. Dan rupanya mereka dipejabat pun makan produk Shaklee. Lucunya, depan mata ada je Shaklee tu cuma mungkin masing-masing dengan hal masing-masing sampai tidak bercerita tentang produk yang diambil sesama mereka.

Kisah 4
Lelaki bekerjaya memiliki impian untuk mempunyai badan yang macho. Menceritakan tentang masalah beliau untuk membuang dan mengawal pemakanan. Teringin mengurangkan berat badan dengan pil. Oleh itu; Herb-Lax dan Lecithin jawapannya.

Alhamdulillah, setiap hari membuang. No more masalah membuang. Positive respond betul Herb-Lax kepada beliau. Lecithin pula buat beliau merasa kenyang dan bertenaga seharian. Namun, selalu saya mengingatkan beliau untuk jaga pemakanan nanti sia-sia sahaja. Beliau juga sangat consistent melabuhkan hari dengan ke gym. Baguskan! Nak kan badan macho kene work out juga.

Setelah 5 bulan dan botol pertama Herb-Lax beliau habis, beliau tetap sambung mengambil 2 item set kurus shaklee berbajet ini. Dalam 5 bulan tu baru 3 kali beli Lecithin.

Setiap individu menpunyai reaksi berbeza terhadap supplimen yang mereka makan. Ada yang cepat hasilnya dan ada yang lambat hasilnya. Semuanya terpulang kepada individu tersebut. Tepuk dada tanya selera, kita yang lebih mengenali diri kita sendiri. Apa kita mahu bila kita telah melabur membeli set kurus shaklee ini? 

Untuk makluman Lecithin mempunyai 180 biji manakala ESP mampu menampung suggested intake selama 2 bulan. Manakala Herb-Lax untuk 5 bulan.




Monday 21 April 2014

NAK TURUNKAN BERAT BADAN DENGAN SIHAT

Berat badan kita mempamerkan gaya hidup kita. Oleh itu kita perlu mengenali diri kita dan mengubah apa yang perlu sekiranya kita inginkan berat badan yang ideal.


Beberapa Langkah Untuk Turunkan Berat Badan Dengan Sihat :
  1. Pengunyahan makanan hendaklah dilakukan lebih lama daripada biasa - Kerana ia membantu kita berasa cepat kenyang sekali gus pengambilan makanan kita juga menjadi kurang.
  2. Sedikit demi sedikit kita kurangkan pengambilan makanan yang tidak sihat. Kurangkan makanan yang berlemak dan berminyak. Kurangkan minuman bergas, intake gula yang berlebihan dan makanan ringan.
  3. Sekiranya kita berasa lapar, makan setengah pinggan nasi dan lebihkan lauk-lauk seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Elakkan dari memakan kulit ayam dan lebihkan cara masak berstim atau sup-sup.
  4. Jangan makan pada lewat malam kerana pada masa ini badan kita sepatutnya berehat dan pada masa ini metobolisma kita sangat rendah untuk memproses makanan. Sekiranya kita tergolong dalam kumpulan ini maka beringatlah, sekurangnya 3 jam sebelum tido dan intake pemakanan haruslah minimum.
  5. Sekiranya kita terjaga dari tido dan perut berasa lapar, maka teguklah air kosong atau milo kosong segelas. Makan sebiji buah seperti epal atau pisang pun boleh.
  6. Kawal nafsu makan kita untuk turunkan berat badan.
  7. Sekiranya kita tidak mampu mengawal selera makan, kita boleh mengambil "Protein Shakes" dan meminumnya diantara hidangan 1 atau 2 kali sehari.
  8. Kita juga boleh menelan pil bagi memantu mengurangkan berat badan. Tetapi sekiranya intake pemakanan tidak dijaga, maka sia-sia saja lah.

  9. Tingkatkan aktivity besenan dan fizikal. Contohnya menaiki tangga ke pejabat. Luangkan masa 30 minit sehari seperti melakukan sit-up, lompat tali skipping atau berlari setempat. Dengan usaha ini iya membantu membakar lemak lebih cepat, jantung sihat dan daban pun segar. Bersukan seperti berfutsal, bermain badminton atau berbasikal. Tak ada lah rasa ketat nya sendi-sendi ni.
  10. Ada juga yang pergi ke gym untuk mengoptimumkan niat menurunkan berat badan ini. Kita dah sing-up kelas gym so apa lagi jangan sia-sia kan duit yang telah dilaburkan dengan tidak menjaga pemakanan.
APA KITA MAKAN MEMPENGARUHI BERAT BADAN KITA WALAU APA JUA YANG KITA USAHAKAN DAN LABURKAN. SERIUS DENGAN APA YANG KITA INGINKAN AND GO FOR IT.

Sunday 20 April 2014

NAK SET KURUS SHAKLEE BERBAJET

Aha! Kita nak kelihatan menarik, kita nak merasa diri kita ini sihat, kita nak hidup dalam gaya hidup yang sihat. Ayat-ayat ni semua merupakan KEHENDAK kita. Macamana nak capai kedendak ini?

Mula-mula, apa lagi jom lawat Mr Google. Type set kurus dan enter. Zas keluar pasal set kurus shaklee. Baca punya baca ok menarik, try whatsapp SID dan bersembang hal set kurus shaklee ni. Tapi direct to the point, saya nak set kurus shaklee berbujet sebab saya nak try berkesan tak? Ok boleh aje tapi ada syaratnya.

Syarat-Syarat Nak Set Kurus Shaklee Berbajet :
  1. Merupakan seorang yang menjaga kandungan kalori harian (1200-1500 kcal sehari)
  2. Merupakan seorang yang berdisiplin melakukan senaman setiap hari sekurang-kurangnya 30 minit. Malas bersenam? Lompat tali skiping pun boleh.
  3. Merupakan seorang yang minum 3 liter air masak sehari.
  4. Merupakan seorang yang SANGAT SIRIUS, SABAR dan DISIPLIN dalam mengambil vitamin set kurus shaklee ini.
Sekiranya ke empat-empat syarat ini YA jawapannya maka boleh lah proceed dengan KEHENDAK anda untuk memiliki set kurus shaklee berbajet.



  

Thursday 17 April 2014

KOLOSTRUM SUSU IBU CECAIR BERNILAI BAGAIKAN EMAS

Ungkapan "bagaikan cecair emas". Kenapa kolostrum susu ibu dipanggil sebagai cecair emas? Ianya kerana nilainya lebih tinggi daripada emas permata.


Kolostrum Cecair Emas
Apakah kolostrum susu ibu? Kolostrum susu ibu terhasil pada masa 5 hari terawal kelahiran permata hati kita dimana keadaan struktur kolostrum ada lah cecair kuning keemasan yang pekat dan likat. Immunoprotin yang lengkap untuk keperluan bayi terdapa didalam kolostrum susu ibu. Kolestrum susu ibu ini tidak memancut-mancut kerana ianya terhasi sejajar dengan size perut bayi. Jangn risau, bayi mempunyai size perut sekecil kacang. Insyallah kolestrum susu ibu atau susu awal ibu ini cukup mengenyangkan bayi kita. Kolestrum susu ibu ini bertindak sebagai "shield" kepada sistem penghadaman bayi. Oleh itu ianya penting bagi para ibu untuk menyusukan anak dengan susu ibu dalam tempoh 5 hari terawal kelahiran. Dan janglanlah kita memberi air kosong kepada bayi kita seawal ini kerana iya memusnahkan "shield" ini. Sayang je kan?

Lagi info tentang kolostrum susu ibu.


Ibu dan kolostrum susu ibu
Subahanallah banyaknya manfaat kolostrum susu ibu ini. Oleh itu setkan dalam otak kita, lepas ini kita mesti kena bagi susu direct dekat bayi kita. Kita haruslah bersikap tamak dalam menyusukan bayi kita pada waktu 5 hari terawal ini bagi memastikan bayi kita mendapat khasiat kolostrum yang hebat ini! Apa tah lagi kolostrum ini adalah datangnya daripada susu badan kita sendiri. Syukur kepadaNya memberi peluang ini kepada kita para ibu.

Sememangnya pengambilan diet yang seimbang dan makanan-makanan yang boleh membanyakkan susu kita dan pengambilan makanan-makanan seimbang adalah amat digalakkan bagi menjayakan penyusuan ibu. Malahan pengambilan vitamin sejak dari awal kehamilan adalah amat disyorkan. Sekiranya ada yang mahu mendapatkan set berpantang, set kehamilan dan jugak set menyusu, bolehlah PM seperti tertera dibawah :








Tuesday 15 April 2014

PERSEDIAAN AWAL TENTANG PENYUSUAN IBU

Sibuknya kita membuat persediaan bagi kehadiran orang baru dalam hidup kita. Permata yang tidak ada tolak bandingnya amanah dariNya. Terujanye! Namun macamana rancaknya persediaan yang dilakukan kita tak akan rasa ianya 100% lengkap sehiggalah saat bayi dilahirkan. Mungkin ramai diantara kita merasakan kita telah bersedia untuk menyusukan anak, namun apa bila tiba saatnya macam-macam cabaran harus dilalui bagi menjayakannya.

Persediaan Awal Tentang Penyusuan Ibu - Sebelum Kelahiran

Pembacaan & Menghadiri kelas Atenatal

  • Kongsikan bersama keluarga hasrat anda untuk menyusukan anak yang bakal dilahirkan. Support daripada ahli keluarga sangat memainkan peranan besar dalam menjayakan misi penyusuan ibu.
  • Menghadiri kelas penyusuan ibu dimana kita akan mempelajari taknik-taknik yang betul dan memperoleh tips-tips "hands on" yang lebih jelas.
  • Perbanyakkan membaca tentang penyusuan ibu melalui buku mahupun internet. Banyak blog hasil nukilan para ibu berkongsi rasa pengalaman mereka dalam menjayakan penyusuan ibu.
  • Pilih hospital yang breastfeeding friendly. Menyatakan hasrat anda kepada doktor tentang keinginan anda untuk menyusukan bayi anda sebaik kelahiran.
  • Menyertai kumpulan sokongan atau forum yang membincangkan tentang penyusuan ibu
  • Mendapatkan nombor telefon Lactation Counselor yang berhampiran supaya mudah membuat rujukan sekiranya mengalami masalah di awal kelahiran.
  • Buat perancangan awal. Dapatkan pembantu diawal minggu menyambut kelahiran bagi membantu dalam melakukan kerja-kerja rumah. Ini dapat memberi ruang kepada kita untuk menumpukan perhatian kepada bayi dan memberi rehat secukupnya.

Persediaan Awal Tentang Penyusuan Ibu - Semasa Melahirkan   

Sentuhan Kulit

  • Sentuhan kulit ke kulit. MasyaAllah masa ni memanglah saat yang indah sekali dimana hubungan antara ibu dan anak melalui deria sentuhan adalah paling kuat diantara satu hingga dua jam lepas kelahiran.
  • Letakkan bayi di payu dara atau di dada untuk mendapatkan sentuhan
  • Sentuhan selepas kelahiran ini sangat penting kerana selepas 2 hingga 3 jam lepas kelahiran bayi akan tido dalam jangkamasa yang lama.
  • Permulaan awal - ketika kita bersama bayi didalam suasana yang tenang dan bersentuhan kulit, bayi akan menunjukkan tanda-tanda hendak menyusu. Contohnya dengan memasukkan jari ke dalam mulutnya dan menunjukkan reaksi menghisap. Pada masa ini bayi berada dalam keadaan cerdas dah bersedia untuk belajar menyusu.
  • Kajian menyatakan, jika bayi menyusu lebih awal, jangkamasa penyusuan akan meningkat. Ia juga dapat mempercepatkan penghasilan susu ibu.
Persediaan Awal Tentang Penyusuan Ibu - Selepas Melahirkan

Sentiasa Berfikiran Positive, Usaha dan Berdoa

  • Susu ibu itu ada.  - sentiasa yakin dan percaya bahawa susu itu keluar, satu jam pertama kelahiran adalah penting.
  • Jangan risau tentang susu kita sedikit kerana pada awal kelahiran perut bayi dikatakan sebesar kacang sahaja. Ia tidak memerlukan susu yang banyak untuk kenyang.
  • Menyusu mengikut kehendak dimana tiada halangan bagi masa dan kekerapan menyusu. Lebih kerap bayi disusukan lebih mudah susu ibu dihasilkan. Kita sentiasa ingat penyusuan ibu menggunakan konsep Supply & Demand.
  • Room-in dimana kita boleh meminta jururawat membiarkan bayi bersama kita. Ini bertujuan untuk meningkatkan kekerapan bayi menyusu.
  • Ketahui posisi yang sesuai untuk menyusukan bayi sekiranya kita bersalin melalui kaedah csect. 
  • Masalah puting pendek - sama ada pendek atau panjang iya tidak memberi masalah kerana puting dan bahagian aerola haruslah masukdalam mulut bayi ketika proses penyusuan.
  • Puting sakit ketika menyusukan - maka posisi penyusuan dan teknik melekap adalah salah kerana penyusuan bayi bukan suatu proses yang menyakitkan.
  • Digalakkan mula mengepum untuk stimulate penghasilan susu. Tidak kira melalui pum manual mahu pun letrik. Stimulasi yang dihasilakan ketika mengepum akan menghantarkan signal kepada otak untuk menghasikan susu lebih. Walaupun kita hanya mengepum "angin".
  • Doa dan Doa dan Doa kepadaNya. Semoga murah rezeki anak memperolehi susu ibu yang banyak. Insyaallah kejayaan menyusukan anak sehingga 2 tahun menjadi milik anda!