Tuesday 15 April 2014

PERSEDIAAN AWAL TENTANG PENYUSUAN IBU

Sibuknya kita membuat persediaan bagi kehadiran orang baru dalam hidup kita. Permata yang tidak ada tolak bandingnya amanah dariNya. Terujanye! Namun macamana rancaknya persediaan yang dilakukan kita tak akan rasa ianya 100% lengkap sehiggalah saat bayi dilahirkan. Mungkin ramai diantara kita merasakan kita telah bersedia untuk menyusukan anak, namun apa bila tiba saatnya macam-macam cabaran harus dilalui bagi menjayakannya.

Persediaan Awal Tentang Penyusuan Ibu - Sebelum Kelahiran

Pembacaan & Menghadiri kelas Atenatal

  • Kongsikan bersama keluarga hasrat anda untuk menyusukan anak yang bakal dilahirkan. Support daripada ahli keluarga sangat memainkan peranan besar dalam menjayakan misi penyusuan ibu.
  • Menghadiri kelas penyusuan ibu dimana kita akan mempelajari taknik-taknik yang betul dan memperoleh tips-tips "hands on" yang lebih jelas.
  • Perbanyakkan membaca tentang penyusuan ibu melalui buku mahupun internet. Banyak blog hasil nukilan para ibu berkongsi rasa pengalaman mereka dalam menjayakan penyusuan ibu.
  • Pilih hospital yang breastfeeding friendly. Menyatakan hasrat anda kepada doktor tentang keinginan anda untuk menyusukan bayi anda sebaik kelahiran.
  • Menyertai kumpulan sokongan atau forum yang membincangkan tentang penyusuan ibu
  • Mendapatkan nombor telefon Lactation Counselor yang berhampiran supaya mudah membuat rujukan sekiranya mengalami masalah di awal kelahiran.
  • Buat perancangan awal. Dapatkan pembantu diawal minggu menyambut kelahiran bagi membantu dalam melakukan kerja-kerja rumah. Ini dapat memberi ruang kepada kita untuk menumpukan perhatian kepada bayi dan memberi rehat secukupnya.

Persediaan Awal Tentang Penyusuan Ibu - Semasa Melahirkan   

Sentuhan Kulit

  • Sentuhan kulit ke kulit. MasyaAllah masa ni memanglah saat yang indah sekali dimana hubungan antara ibu dan anak melalui deria sentuhan adalah paling kuat diantara satu hingga dua jam lepas kelahiran.
  • Letakkan bayi di payu dara atau di dada untuk mendapatkan sentuhan
  • Sentuhan selepas kelahiran ini sangat penting kerana selepas 2 hingga 3 jam lepas kelahiran bayi akan tido dalam jangkamasa yang lama.
  • Permulaan awal - ketika kita bersama bayi didalam suasana yang tenang dan bersentuhan kulit, bayi akan menunjukkan tanda-tanda hendak menyusu. Contohnya dengan memasukkan jari ke dalam mulutnya dan menunjukkan reaksi menghisap. Pada masa ini bayi berada dalam keadaan cerdas dah bersedia untuk belajar menyusu.
  • Kajian menyatakan, jika bayi menyusu lebih awal, jangkamasa penyusuan akan meningkat. Ia juga dapat mempercepatkan penghasilan susu ibu.
Persediaan Awal Tentang Penyusuan Ibu - Selepas Melahirkan

Sentiasa Berfikiran Positive, Usaha dan Berdoa

  • Susu ibu itu ada.  - sentiasa yakin dan percaya bahawa susu itu keluar, satu jam pertama kelahiran adalah penting.
  • Jangan risau tentang susu kita sedikit kerana pada awal kelahiran perut bayi dikatakan sebesar kacang sahaja. Ia tidak memerlukan susu yang banyak untuk kenyang.
  • Menyusu mengikut kehendak dimana tiada halangan bagi masa dan kekerapan menyusu. Lebih kerap bayi disusukan lebih mudah susu ibu dihasilkan. Kita sentiasa ingat penyusuan ibu menggunakan konsep Supply & Demand.
  • Room-in dimana kita boleh meminta jururawat membiarkan bayi bersama kita. Ini bertujuan untuk meningkatkan kekerapan bayi menyusu.
  • Ketahui posisi yang sesuai untuk menyusukan bayi sekiranya kita bersalin melalui kaedah csect. 
  • Masalah puting pendek - sama ada pendek atau panjang iya tidak memberi masalah kerana puting dan bahagian aerola haruslah masukdalam mulut bayi ketika proses penyusuan.
  • Puting sakit ketika menyusukan - maka posisi penyusuan dan teknik melekap adalah salah kerana penyusuan bayi bukan suatu proses yang menyakitkan.
  • Digalakkan mula mengepum untuk stimulate penghasilan susu. Tidak kira melalui pum manual mahu pun letrik. Stimulasi yang dihasilakan ketika mengepum akan menghantarkan signal kepada otak untuk menghasikan susu lebih. Walaupun kita hanya mengepum "angin".
  • Doa dan Doa dan Doa kepadaNya. Semoga murah rezeki anak memperolehi susu ibu yang banyak. Insyaallah kejayaan menyusukan anak sehingga 2 tahun menjadi milik anda!

No comments:

Post a Comment