Sunday 13 April 2014

KISAH SET MENYUSU SHAKLEE

Entry hari ini untuk kita berkongsi tentang keluhan dan soalan mummy-mummy tentang set menyusu shaklee. 

Kenapa susu saya cair?
Kenapa susu saya pekat?
Kenapa susu kuning?
Kenapa bila ambil ESP dan Alfalfa susu saya tak banyak pun.. sama saje?


Jangan risau mummy-mummy semua, sebenarnya susu ibu itu unik dan "personalize". Susu yang dihasilkan oleh kita dipengaruhi oleh pemakanan mummy, suhu, cuaca dan keperluan anak "demand vs supply".

Alkisah warna susu ibu berubah ini adalah biasa jika ibu mengambil makanan tambahan yang lengkap contohnya set menyusu shaklee 3M. Mummy yang mengambil vitamin B Complex yang lengkap mendapati susu badan mereka kelihatan susu mereka lebih 'pekat' dan warna kekuningan berbanding dengan mereka yang tidak mengambil vitamin langsung. Kenapa? Jawapannya, kerana kadungan dalam vitamin B Complex itu memberi warna kepada susu ibu dan urin. Haa jangan terkejut bila urin mummy tu kuning ye bila ambil set menyusu shaklee 3M. Selalin itu mummy akan mendapati susu badannya lebih pekat pada waktu-waktu tertantu terutamanya ketika cuaca panas, semasa berpuasa manakala kelihatan lebih cair bila cuaca sejuk atau sekiranya mummy tidak mengepum dalam jangkamasa yang lama.














Kenapa bila susu mummy pekat anak minum sikit? Lebih kenyang? Macam ni mummy, bila anak dah terbiasa minum susu yang cair tiba-tiba dapat pula susu yang pekat, anak kita akan minum sedikit sahaja untuk membiasakan dengan rasa atau tekstur baru tersebut. Sama macam kita bila dah biasa minum susu coklat dan susu biasa, ada yang rasa lemak berkirim bila minum susu biasa. So mummy jangan risau, as long as anak dah habis minum tidak meragam dan menangis maka dah kenyanglah si anak tu. Insyallah anak kita puasa minum walaupun sedikit. 

Apakah fungsi utama pengambilan vitamin sepanjang  penyusuan? Badan kita ni umpama roda yang sentiasa berputar. Sebelum ni kita mengambil vitamin semasa hamil, untuk ,mamastikan perkembangan kandungan kita dan diri kita sihat. Kita kan share dengan baby or lebih kepada berebut-rebut nak kan nutrisi. Macam tu juga terjadi bila mummy menyusukan anak, Apa kita makan anak yang kita susukan pun dapat. Dengan kehidupan kita yang terkejar sana sini, masakan ringkas yang tidak mengikut panduan piramid makanan, faktor persekitaran yang tercemar mempengaruhi kesihatan diri. Vitamin ini membantu kita sentiasa kekal bertenaga, ceria dan bersemangat sepanjang hari. Bila mummy sihat dan bersemangat insyallah matlamat penyusuan 2 tahun menjadi milik mummy walau apa jua dugaan mendatang.

Pengalaman saya menyusukan Afeef Dani, doktor menegur berat badan Afeef meningkat sejajar dengan umurnya. Alhamdulillah.. Doktor bertanya adakah saya mengambil sebarang vitamin? Saya menjawab "Ada, vitamin Shaklee". Doktor " Mahal tu, but you pay for the quality, keep it up". Alhamdulillah benarkan apa kita makan anak yang kita susukan pun dapat.

Pum dan pum dan pum. Jangan lupakan supply vs demand dalam penyusuan sangat dititik beratkan. Sekerap 2 atau 3 jam sekali adalah gap yang sangat disyorkan. Rajinlah kita bangun malam untuk anak syurga kita ini. Personally saya bersyukur sangat sebab mempunyai seorang rakan yang sangat supportive sepajang journey penyusuan saya malahan bersyukur mempunyai suami yang sangat memahami dan sentiasa memberi sokongan. Sanggup kami bangun setiap dua jam mengempum dan memberi susu kepada Afeef Dani. Masa seawal 43 hari Afeef tak sabar nak latch. Memang macam zombi tapi kepuasan itu ada bila melihat Afeef minum susu hasil perahanku. Jadi mummy seklaian walau apa jua vitamin tau produk kita makan untuk penyusuan selalu ingat kosongkan Miss B sekerapnya jika mahukan result peningkatan.

Jangan gusar, insyallah kita mampu susukan anak-anak kita sehingga 2 tahun. Kepada mummy-mummy yang belum mulakan jom kita. Kita usaha, kita berdoa kepadaNya dan jangan stress-stress ok.
Ini pilihan saya:
 



No comments:

Post a Comment