Monday 14 April 2014

KEBAIKAN SUSU IBU DAHULU DAN SEKARANG

Syukur Alhamdulillah ketika mendengar tangisan anak setelah bertarung nyawa di bilik bersalin. Normal kah? Cesarian kah? Tolak tepi, janji anak selamat ibu selamat. Bermulalah saat yang dinantikan, naluri keibuan melonjak-lonjak ingin menyusukan anak dengan susu ibu sebagaimana yang dibaca, didengari, dipelajari dan dilihat sebelum kehadiran anak syurga kita ke dunia.

KEBAIKAN SUSU IBU

Untuk bayi:
  • Susu ibu merupakan makanan terbaik untuk bayi kerana mengandungi kesemua nutrisi yang diperlukan bagi tumbesaran bayi.
  • Susu ibu terutamanya kolostrum atau cecair emas, menguatkan sistem imuniti bayi.
  • Susu ibu mencegah pelbagai masalah alahan seperti asma dan kolik bayi.
  • Susu ibu membantu tumbesaran dan perkembangan otak bayi
  • Susu ibu mudah hadam.
  • Susu ibu sentiasa tersedia pada suhu yang tetap. 
  • Susu ibu mengandungi 160 asid lemak yang tidak didapati dalam susu formula.
  • Susu ibu memberi kesan jangka masa panjang terhadap perkembangan dan masa hadapan anak. 
Untuk ibu, penyusuan susu ibu:
  • Membantu mempercepatkan pengecutan rahim dan mengembalikannya kepada size yang asal.
  • Mengurangkan pendarahan selepas bersalin.
  • Membakar kalori dimana ia membantu mengembalikan bentuk asal dengan cepat.
  • Mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari.
  • Mengurangkan risiko osteoporosis.
  • Merupakan kaedah merancang keluarga secara semula jadi (berkesan dalam 6 bulan pertama sahaja)
Lain-lain kebaikan susu ibu:
  • Susu sentiasa ada "on the go"
  • Merapatkan ikatan kasih sayang antara ibu dan anak.
Apa kata Dr Asmah Yun Mat Sidek, Pengerusi Persatuan Susu Ibu Pusrawi ; dipetik daripada artikel akhbar Utusan ruangan Keluarga : Manfaat Susu Ibu Sepanjang Hayat


Diharap mummy dan bakal mummy menggunakan peluang yang Allah berikan kepada kita ini.

 
 
 

No comments:

Post a Comment