Monday 21 April 2014

NAK TURUNKAN BERAT BADAN DENGAN SIHAT

Berat badan kita mempamerkan gaya hidup kita. Oleh itu kita perlu mengenali diri kita dan mengubah apa yang perlu sekiranya kita inginkan berat badan yang ideal.


Beberapa Langkah Untuk Turunkan Berat Badan Dengan Sihat :
  1. Pengunyahan makanan hendaklah dilakukan lebih lama daripada biasa - Kerana ia membantu kita berasa cepat kenyang sekali gus pengambilan makanan kita juga menjadi kurang.
  2. Sedikit demi sedikit kita kurangkan pengambilan makanan yang tidak sihat. Kurangkan makanan yang berlemak dan berminyak. Kurangkan minuman bergas, intake gula yang berlebihan dan makanan ringan.
  3. Sekiranya kita berasa lapar, makan setengah pinggan nasi dan lebihkan lauk-lauk seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Elakkan dari memakan kulit ayam dan lebihkan cara masak berstim atau sup-sup.
  4. Jangan makan pada lewat malam kerana pada masa ini badan kita sepatutnya berehat dan pada masa ini metobolisma kita sangat rendah untuk memproses makanan. Sekiranya kita tergolong dalam kumpulan ini maka beringatlah, sekurangnya 3 jam sebelum tido dan intake pemakanan haruslah minimum.
  5. Sekiranya kita terjaga dari tido dan perut berasa lapar, maka teguklah air kosong atau milo kosong segelas. Makan sebiji buah seperti epal atau pisang pun boleh.
  6. Kawal nafsu makan kita untuk turunkan berat badan.
  7. Sekiranya kita tidak mampu mengawal selera makan, kita boleh mengambil "Protein Shakes" dan meminumnya diantara hidangan 1 atau 2 kali sehari.
  8. Kita juga boleh menelan pil bagi memantu mengurangkan berat badan. Tetapi sekiranya intake pemakanan tidak dijaga, maka sia-sia saja lah.

  9. Tingkatkan aktivity besenan dan fizikal. Contohnya menaiki tangga ke pejabat. Luangkan masa 30 minit sehari seperti melakukan sit-up, lompat tali skipping atau berlari setempat. Dengan usaha ini iya membantu membakar lemak lebih cepat, jantung sihat dan daban pun segar. Bersukan seperti berfutsal, bermain badminton atau berbasikal. Tak ada lah rasa ketat nya sendi-sendi ni.
  10. Ada juga yang pergi ke gym untuk mengoptimumkan niat menurunkan berat badan ini. Kita dah sing-up kelas gym so apa lagi jangan sia-sia kan duit yang telah dilaburkan dengan tidak menjaga pemakanan.
APA KITA MAKAN MEMPENGARUHI BERAT BADAN KITA WALAU APA JUA YANG KITA USAHAKAN DAN LABURKAN. SERIUS DENGAN APA YANG KITA INGINKAN AND GO FOR IT.

No comments:

Post a Comment