Monday 23 June 2014

TIPS MUDAH MENGAJAR ANAK BERPUASA TANPA RASA LETIH

Nak duit raya! Nak baju raya! hehehe.. anak nak? Sebelum tu kene berpuasa dulu. Cer imbas kembali macamana zaman dulu kala kita mula-mula belajar puasa.Seingat saya, saya diberi upah sehari RM1. hehe.. semangat nak isi duit dalam tabung. Nanti untuk Afeef Dani nanti hehe.. guna insentive yang sama lah juga (anak baru setahun lebih dan fikir.. hehe..)
KANAK-KANAK DAN PUASA

Haa ibu bapa sekalian nak ajar anak-anak berpuasa tahun ni?

Bila umur yang sesuai untuk mula berlatih?

Jawapannya terpulang kepada kesediaan anak dan tahap kekuatan dia. Ada budak umur 4, 5 tahun boleh berpuasa. Tak apa lah janji kita dah mula latih mereka dari kecil. Separuh hari ke, suku hari ke atau sehari ke janji kita dah mula dan anak dah cuba. Apa-apa pun kene perhatikan anak-anak ni takut pengsan pula. Kalau tengok letih semacam tu, ajak lah dia berbuka. Esok cuba lagi.

Tips Mudah Mengajar Anak Berpuasa Kekal Bertenaga
  1. Terangkan kepada anak tentang Apa itu Puasa - Kewajipan kita sebagai umat Islam, bila kita berpuasa, apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan ketika berpuasa serta hikmah bersahur. Mesti anak teruja apabila Ramadhan kunjung tiba.
  2. Menetapkan waktu tidur anak - Awal tidur supaya senang bangun sahur. Begitu juga menyudahkan kerja sekolah awal sebelum masuk tido. (Time Management).
  3. Ajak anak bersahur - Hidangkanlah makanan kegemaran anak-anak. Kriativiti ibubapa diperlukan bagi menyediakan makanan kepada anak. Penting bagi ibubapa untuk menyediakan makanan yang tinggi hidrat supaya membekalkan tenaga kepada anak-anak.
  4. Tidak meletakkan makanan disana sini - Sorokkan makanan daripada anak-anak, mahupun dari penghilatan.  Nanti ada yang masuk dapur puasa yang-yang yuk pagi-pagi buka periuk.Hehe..
  5. Pantau pergaulan anak-anak - Sekiranya kawan-kawan yang ada kini baik-baik sahaja.. mereka pun berlatih berpuasa lega lah hati kita.
  6. Reward atau hadiah kepada anak - Menjadikan hadiah sebagai rangsangan. Selain memberi pujian sebagai anak yang sabar hadiah berupa wang atau permainan boleh diberikan. Cuma kene pesanlah, ini hanya duniawi sahaja, ganjaran daripada Allah lagi tinggi di akhirat nanti. Kita sebagai ibubapa kene cuba fahamkan anak-anak tentang pahala dosa supaya mereka membesar dengan fahaman yang baik. Makanan berbuka merupakan reward dibulan puasa. "Mama akan masakkan yang sedap-sedap berbuka nanti"..Jangan kata anak, kita sendiri pun nak rewardkan diri dengan makanan berbuka yang sedap.     
  7. Jangan terlalu memaksa anak - Sekiranya anak tidak tahan dan hendak berbuka, jika waktu tengahari tidak berdaya biarkanlah anak berbuka. Latih mereka perlahan-lahan. Jika hari pertama dapat suku hari, hari ke dua separuh hari dan hari ketiga atau hari yang mereka sudah berupaya bertahan dapat sehari. Kalau memaksa nanti mereka anak putus asa.
  8. Kawal pergerakan dan aktivity anak disiang hari. Jika kita membiarkan mereka terlalu aktif nanti cepat dahaga dan penat, mula lah mereka mencari makan dan minum.
  9. Makanan tambahan yang dicadangkan - Semasa sahur, berikan anak-anak minum Mealshakes untuk menambah tenaga dan kekal kenyang. Bagi orang dewasa boleh minum ESP untuk memberi rasa kenyang dan bertenaga manakala Performance Drink untuk kekal hidrat sepanjang hari. Lepas berbuka digalakkan minum Performance Drink segelas. Kebiasaannya hujung-hujung puasa ni ada perasaan malas nak sahur, haa bolehlan bancuh Mealshakes, ESP dan Performance Drink sekali. Sekali bancuh dan minum dah! Selesai sahur. 
    TIP BERPUASA TANPA RASA LETIH
Apa tunggu lagi, Puasa ni mari berpuasa dengan Shaklee. 
DOA PUASA
 

No comments:

Post a Comment