Tuesday 9 September 2014

SET MENYUSU SHAKLEE

Ramai yang tertanya-tanya macamana nak banyakkan susu badan? Saya sendiri pun begitu. Setelah mencuba Set Menyusu Shaklee baru lah saya tau set shaklee ini banyak kelebihannya. Pada mulanya kita kene tahu kenapa susu kita tidak banyak? Kerana.. setelah melahirkan anak badan kita berasa penat maklumlah kehadiran orang baru sama-sama menyesuaikan diri. Selain itu mungkin sebab kita tidak cukup rehat, sebab cuaca panas, sebab kurangnya kita mengosongkan payudara dan mungkin juga sebab kurang minum air.

Dikhalangan para ibu, Shaklee sinonimnya pengenalan mereka pada set shaklee adalah dengan Set Menyusu Shaklee. Kemudian baru mereka menerokai set shaklee yang lain. Kenapa Set Menyusu Shaklee? Sebab ianya dikenali sebagai milk booster? Haa..ini kerana, vitamin shaklee ini bukan hanya menjurus kepada penyusuan sahaja malah ia adalah sumber bekalan nutrisi yang diperlukan oleh badan kita. Maklumlah tengah berpatang, sudah tentu ada makanan yang kita tidak dapat makan atau kurang pemakanannya. Apabila nutrisi dalam badan ibu lengkap maka ibu lebih bertenaga dan membantu penghasilan susu yang lebih lancar. Rezeki anak-anak bekalan susu ibu yang melimpah-limpah, insyaallah.

SET MENYUSU SHAKLEE

ESP - Membantu penghasilan susu ibu yang cepat kerana kandungan ESP adalah soya (non-Gmo) yang mana merupakan sumber protein. Ia juga mencantikkan kulit ibu dan memberi rasa kenyang.

Alfalfa Shaklee - Telah digunakan berzaman oleh negara barat dan menjadi sinonim dalam membanyakkan susu ibu.

Vita-Lea - Kaya dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi, ia dapat membantu ibu supaya tidak mudah pitam selepas menyusukan anak atau mengepum. Ini kerana kandungan zat besi didalam Vita-Lea melengkapkan nutrisi dalam badan ibu.

Vita-C Plus - Membantu meningkatkan kandungan antiobodi dalam susu ibu. Ia juga memberi radiant kepada kulit kita. Tidak lah ibu-ibu berwajah kusam. Luka dipayudara (sekiranya terjadi) juga cepat sembuh.

Ostematrix - Pembekal sumber kalsium yang mempengaruhi penghasilan susu ibu. Selain menyegarkan badan dan mengelakkan osteoporosis.

B-Complex - Sebagai agent anti-stress. Ia membantu mengatasi kemurungan, stress, kekusaman, mengimbangi hormon serta menukarkan makanan kepada tenaga.

 APA LAGI KELEBIHAN DAN KEBAIKAN SET MENYUSU SHAKLEE?

  • Membantu memudarkan parut atau regangan kulit (stretch marks), kulit bertambah cantik  dengan adanya ESP, Vita-C dan B-Complex.
  • Kulit bertambah cerah dan radiant dengan adanya ESP
  • Rambut kurang gugur dan menguatkan kuku dengan adanya ESP
  • Badan bertenaga dengan adanya Vita-Lea dan B-Complex
  • Tidak memerlukan manjakani atau jamu lain untuk bersama dengan suami, suami pun berasa best dengan adanya Alfalfa Shaklee "macam anak dara"
  • Kuranganya rasa sakit kepala dengan Ostematrix dan B-Complex
  • Tidak mengalami kekejangan otot dengan adanya Ostematrix
  • Susu anak menjadi pekat dengan adanya ESP
  • Mudah untuk membuang air besar dengan adanya Alfalfa Shaklee
  • Mengecutkan urat ibu selepas bersalin dengan adanya Alfalfa Shaklee

Rungutan wanita selepas bersalin adalah tentang mengembalikan bentuk badan asal. Banyak mengeluh badan mereka susah turun terutama bahagian perut dan punggung. Berita baik. Dengan menyusu bayi dengan susu badan anda boleh melangsingkan badan, dibantu dengan sedikit senaman dan dengan mengamalkan Set Penyusuan Shaklee. Saya sudah merasakan seperti di atas, marilah cuba dan kongsikan pengalaman anda.

 


 

No comments:

Post a Comment