Saturday 5 July 2014

DISEBALIK VITAMIN DANI

Vitamin Dani merupakan kanvast yang mewarnai hidup keluarga kecil ku. Semuanya kerana Dia. Dia yang memberi ruang rezeki kepada keluarga ku. Dia yang memberi ilham dan ilmu untuk saya war-war kan kepada semua tentang kepentinganya vitamin dalam kehidupan seharian.

Disebalik Nama Vitamin Dani.

Tanggal 15 January 2013 lahirlah anugerah Allah yang tidak terbilang nilainya; Afeef Dani cahayamata sulong kami. Pertama kali mendengar tangisan Afeef Dani berbanyak syukur ku kepada Dia. Apa tah lagi sentuhan pertama yang dirasai. Selama ini membawanya selama 34 minggu kini dapat ku dakap dan ku tatap wajahnya. Ahli syurga, suci dan murni yang sentiasa dilindungi oleh para malaikat.

Bulan pertama merupakan bulan percubaan bagi kami sekeluarga. Hehe kehadiran orang baru lah kata kan. Yang utamanya tentang penyusuan. Selama ni dok baca cara penyusuan ibu, teknik, cerita-cerita para ibu yang menyusu anak. Ha.. bila pertama kali Afeef Dani menyusu, perasaan seorang ibu tu Allah je yang tau. Pandainya dia menyusu dan pandainya cari. Tapi tak sabar, nak there and then keje keras nak dapatkan susu tu sampai marah lah pula. Nurse pesan pum dan bagi guna botol.

Sana lah mulanya Afeef Dani minum susu guna botol sampai hari ke 43. Demi Afeef Dani mama gagah pum setiap 2 jam. Betul! Setiap 2 jam siap set alarm suami isteri. Dah pum gilir-gilir kami susukan Afeef. Rest tetap rest, sebab lepas pum rest kejap. Bila dia bangun susu kan main kejap dan dia tido balik. Another round untuk pum dan seterusnya. Jadual makan dalam pantang pun teratur cantik je dengan timing pum dan menyusu Afeef.

Saya lahirkan Afeef secara cesarean jadi cara berpantangnya lain dari berpantang normal dan makan serta pergerakan kene jaga. Kita nak tempat luka tu cepat kering dan cepat sembuh. Yang ni saya share dalam entry lain ye.

Demi mendapatkan tenaga, nutrisi dan menjayakan penyusuan Afeef Dani saya mengambil Shaklee diatas nasihat kawan baik ku yang sama-sama belajar di UITM Melaka. Pada masa ni, dia di Dubai ikut suami yang bekerja disana. Namun kami tetap keep in touch. Teknologi mendekatkan kita, hanya dihujung jari je.. hehe.. Dia juga banyak beri tips dan semangat. Semangat dekat saya dan suami. Bila suami dah memang supportive tentang breastfeeding ni ada pula kawan yang bagi tips, pengalaman aha.. suami ku lagi tip top dalam menguruskan susu, anak dan masa. Terima kasih Zamila!

Bila ilmu penyusuan dah diturunkan saya pun dengan semangatnya share ilmu tu dengan kawan-kawan lain. Ada yang mencuba set penyusuan dan ada yang mencuba set berpatang dan penyusuan. Ini lah bermulanya dunia Shaklee ku.. Kerana Afeef Dani.. Kerana Afeef Dani juga Vitamin Dani menjadi Kedai kami sekeluarga.

Chop.. lepas 43 hari apa jadi? Lepas tu.. jeng jeng jeng.. akhirnya Afeef Dani jatuh cinta dengan direct feeding. Alhamdulillah.. Flow susu pun time ni dah laju. Stock EBM dia pun meningkat. Walaupun Afeef dah direct feeding, pum tetap pum. Nanti nak masuk keje senang, tak ada lah sampai FIFO first in first out, hari ni pum untuk esok Afeef minum.

Tips Penysuan Base on Pengalaman Saya :
  1. Sentiasa kosongkan kelenjar susu kita - direct feeding dan pum consistent. Awal-awal tu pun lah gigh 2 jam sekali walaupun pum angin sebab nak stimulate susu. Otak akan signal kene produce susu.
  2. Urut dibahagian payudara - ini bertujuan untuk mengstimulate aliran susu dan memastikan urat dan kelenjar susu berkerja. 
  3. Marmet - gunakan teknik marmet ini setelah pum bagi memastikan betul-betul telah kosong.
  4. Minum air masak - minum air masak sekurangnya 3 liter sehari.
  5. Jangan stress - bila stress semua benda tak jadi. Jangan katakan time nak menyusu, malahan kalau kita keje dalam keadaan stress pun tak kemana kan? 
  6. Sentiasa fikir positive - apa jua orang lain kata tolak tepi. Kita tau kita nak anak sihat dan apa yang terbaik dengan berusaha gigih penyusuan badan. Anak sihat kita pun senang hati kan?
  7. Jangan berdiet - mesti ramai kata nak bentuk badan sebelum mengandunglah, nak diet. Sabar ibu-ibu, kita menyusu anak perlukan nutrisi dan pemakanan yang sihat supaya tubuh badan bertenaga dan menghasilkan susu yang bernutrisi tinggi. What we eat is what our baby will get. So fikirkanlah anak tu sebelum sibuk nak berdiet. Sebaliknya makan makanan yang sihat dan seimbang. Sebabtu lah wujudnya suplimen. Ia membantu melengkapkan nutrisi yang kurang yang diperlukan oleh badan kita.
  8. Tido semasa anak tido - Set jadual pum yang seakan time anak nak menysusu. Kemudian padankan dengan jadual makan dalam berpatang dan masa untuk melawat media sosial. Biasanya time pum lah time melawat media sosial dan time tengok tv. 20 minit tu berharga. Selebihnya time anak tido kita pun tido.
  9. Berdoa dan minta kepadaNya - Allah tak lokek. Semua ibu doberi peluang untuk menyusukan anak-anak. Tak ada istilah tak ada susu. Mintalah kepadaNya setimpal dengan uasaha gigih kita dalam 8 tips terdahulu.
Note : Bagi yang memiliki puting pendek pum dan pum dengan kerap. Insyaallah mudahlah tu nanti. 
Pic-pic ni share untuk memberi inspirasi kepada para ibu diluar sana. Yang kurang datang dari saya, yang baik dari Allah.

SET BERPATANG DAN PENYUSUAN SHAKLEE
REZEKI AFEEF DANI - HASIL SET BERPATANG DAN PENYUSUAN SHAKLEE
AFEEF DANI

Psippss.. mama Afeef Dani ni naik 20kg time mengandungkan Afeef. Tapi bila Afeef dah lahir mama Afeef punya berat bila timbang untuk check up lepas seminggu Afeef keluar hosptal, berat mama Afeef 40kg! Seronoknya? Apa rahsianya dapat back to normal ?

 

No comments:

Post a Comment